Siapakah entiti penting program ini?
Pengendali program adalah syarikat Tone Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya iaitu Tone Plus Sdn Bhd. Laman web rasmi syarikat pengendali adalah di www.toneplus.com.my
Perkhidmatan produk dibekalkan oleh Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) Laman web pembekal perkhidmatan produk ini adalah di www.tunetalk.com
Bagaimana konsep perniagaan Program Rujukan Tone Plus ini?
Mengajak rakan-rakan menggunakan talian Tune Talk melalui Simkad program rujukan ini iaitu Prepaid Program Tone Plus. Anda akan mendapat komisyen 3% hasil dari Top Up 3 rakan pertama. Apabila anda mendaftar rakan ke empat (4) dan seterus, anda akan dibayar sebanyak 13% dari hasil Top Up kesemua rakan yang telah anda taja ke dalam program ini.
Siapa pengendali program ini dan bagaimana mereka membayar komisyen ahli?
Pengendali program ini adalah syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. Syarikat akan membayar komisyen anda dengan cara memindahkan jumlah komisyen terus ke akaun peribadi anda pada tarikh 25hb setiap bulan.
Apa kaitan program Tone Plus dan program Tone Excel?
Kedua-dua program Tone Excel dan program Tone Plus adalah program yang dikendalikan oleh syarikat Tone Group Sdn Bhd. Program Tone Excel telah dilancarkan melalui anak syarikatnya iaitu Tone Excel Sdn Bhd pada Ogos 2010. Sehingga ini, Tone Excel telah mempunyai lebih 400,000 pengguna (sehingga Jun 2014).
Berikutan kejayaan memberangsangkan program Tone Excel menyebabkan Tone Group melancarkan program kedua terbarunya ini iaitu Program Tone Plus. Ia yang telah dilancarkan pada Oktober 2012.
Lembaga Pengarah syarikat penganjur iaitu Tone Excel Sdn Bhd. dan syarikat Tone Plus Sdn Bhd. adalah individu-individu yang sama.
Apa perbezaan utama kedua-dua pelan Tone Excel dan Tone Plus?
Perbezaan utama adalah pembayaran Bonus Tajaan (Fast Track) dan Pelan Imbuhannya.
Dalam program Tone Excel, Bonus Tajaan RM20 dibayar ke akaun anda pada bulan berikutnya (bersama komisyen) sementara program Tone Plus pula membayar secara Tunai RM20 setiap kali anda menaja.
Tone Excel menggunakan Pelan Imbuhan Unilevel 3 Aras, sementara Tone Plus menggunakan Pelan Imbuhan yang dinamakan Sistem Reverse 2-Up.
Apa itu Sistem Reverse 2 Up?
Sistem Reverse 2 Up adalah satu sistem revolusi terbaru, dimana syarikat memberikan bantuan menambahkan rangkaian anda secara otomotik.
Dalam sistem ini, anda perlu berkongsi 2 pengguna anda dengan Penaja. Ia berlaku sekali sahaja iaitu sewaktu anda menaja 4 pengguna terus.
Adakah boleh pilih 2 pengguna tersebut?
Tidak. Ia dilakukan secara rawak oleh sistem komputer syarikat.
Adakah perlu berkongsi 2 pengguna tersebut setiap kali menaja 4 pengguna?
Tidak. Ia berlaku hanya sekali sahaja iaitu sewaktu anda menaja 4 pengguna pertama. Pengguna ke 5 dan seterusnya tidak lagi dikongsikan dengan Penaja.
Bagaimana nak sertai program ini?
Untuk sertai program ini, klik butang upgrade.
Bagaimana nak dapatkan Sim Kad ini?
Apabila anda upgrade, SIMKAD TonePlus akan didaftarkan dan dikirimkan kepada anda.
Apakah langkah seterusnya?
Teruskan membina rangkaian anda. Promosikan link AutoPilot anda.
Perlukah saya mengisi borang keahlian?
Tidak.
Berapakah harga bayaran yang dikenakan?
Harga jualan prepaid Tone Plus adalah RM100.00 sekeping termasuk kos penghantaran dan buku panduan.
Bagaimana membeli dan menjual Sim Kad Tone Plus ini?
Setelah anda menjadi ahli, anda boleh membeli Simkad Tone Plus pada harga RM70.00 sekeping dari ADMIN untuk dijual kepada ahli pengguna baru pada harga RM90.00 sekeping. Keuntungan RM20 adalah Bonus Tunai (Fast Track) kepunyaan anda. Sila simpan untuk duit minyak anda. Kalau boleh taja 5 pengguna sehari, dah tentu ada RM100 duit minyak!.
Bolehkah warganegara asing join program ini?
Ya boleh, dengan syarat ada nombor passport dan mempunyai akaun bank Malaysia.
Bolehkah mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi join program ini?
Ya, boleh.
Bolehkah mereka yang telah muflis join program ini?
Ya, boleh. Sangat digalakkan untuk bina hidup baru.
Apakah syarat layak komisyen?
Syarat layak komisyen adalah 2 perkara:
1. Anda akan menerima komisyen 13% hanya setelah merujuk 4 ahli baru kedalam program ini. Jika belum, anda hanya menerima 3% sahaja.
2. Maintain bulanan ialah anda perlu membeli Top Up berjumlah RM30.00 dalam masa sebulan.
Bagaimana cara maintain Top Up RM30 pada 1 bulan ini dikira?
Top Up RM30 dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.
Adakah saya perlu Top Up RM30 tersebut sekali gus untuk layak menerima komisyen?
Jumlah RM30.00 boleh sekali gus atau anda juga boleh Top Up sedikit-sedikit asalkan jumlahnya RM30.00 sebulan.
Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?
Pembayaran dilakukan oleh syarikat penganjur iaitu Tone Plus Sdn Bhd terus ke akaun bank anda pada 25 haribulan setiap bulan.
Bagaimana jika komisyen saya pada bulan tersebut kurang RM30.00?
Jumlah tersebut dikumpul dan akan dibawa ke bulan hadapan.
Adakah sebarang tolakan dari pembayaran komisyen?
Ya. Setiap satu transaksi pemindahan komisyen akan dikenakan tolakan RM3.00 yang merupakan Caj Perkhidmatan Bank.
Apa jadi jika saya tidak Top Up minima RM30.00?
Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen tersebut tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30.00, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.
Jika downline Top Up kurang RM30, adakah saya menerima komisyen daripadanya?
Ya. Jika anda sendiri layak setelah Top Up RM30 sebulan dan telah menaja 4 pengguna baru, anda akan menerima komisyen 13% walau berapa pun jumlah Top Up pengguna anda.
Apa jadi jika saya telah merujuk hanya 1 atau 2 atau 3 orang sahaja?
Setelah 30 hari dari anda bermula, jika anda masih tidak mendapat 4 ahli pengguna baru, maka anda tidak berhak menerima sebarang pengguna baru yang dikongsi oleh pengguna tajaan anda. Pengguna-penguna yang dikongsi tersebut akan dihantar terus kepada Penaja anda. Walaubagaimanapun, 1,2,atau 3 pengguna tajaan anda akan terus kekal bersama anda.
Bilakah masa 30 hari itu bermula dan bagaimana ia dikira?
30 hari dikira bermula pada tarikh anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus secara rasmi. Iaitu pada tarikh anda mendapat nombor keahlian TPA.
Setelah saya mendapat 4 pengguna baru, bolehkah saya menambah bilangan pengguna baru?
Ya. Anda boleh terus menambah pengguna baru seberapa ramai pun tanpa had. Pengguna ke-5 dan seterusnya yang anda taja tidak akan di hantar kepada upline anda lagi. Pengkongsian 2 pengguna kepada Upline hanya berlaku sekali sahaja iaitu sewaktu anda mendapat 4 pengguna pertama.
Bagaimana Bonus Tahun Baru dikira dan bila ia dibayar?
Bonus Tahun Baru dikira setiap bulan berdasarkan pendapatan anda pada bulan tersebut. Ia akan disimpan dan hanya dibayar sekali sahaja setiap tahun pada bulan 25 Januari tahun beriikutnya.
Kenapa saya tidak menerima komisyen?
Pertama, semak samada pengguna anda telah Top Up. Jika mereka pengguna Simkad yang baru menjadi ahli, adakah mereka telah melakukan 1 panggilan atau 1 SMS yang pertama?
Kedua, semak kelayakan anda. Adakah anda layak? Anda telah Top Up RM30?
Ketiga, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (25hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan adalah 1-2 hari lewat.
Keempat, paling penting sila lihat maklumat akaun bank anda. Adakah ia betul?
Jika semuanya teratur dan anda masih tidak menerima komisyen, sila call Care Line di 010-7727587 atau email dengan semua maklumat anda ke info@tonegroup.net
Saya telah membuat Top Up tetapi kenapa rekod di laman web ahli tidak update?
Kemaskini rekod Top Up di laman web ahli berlaku setelah 4-5 hari iaitu setelah pihak Tone Plus menerima rekod Top Up tersebut dari pihak Tune Talk. Jika anda telah Top Up pada hari terakhir hujung bulan dan agak risau tentang komisyen anda, sila talipon Ibupejabat setelah 4-5 hari anda melakukan Top Up tersebut.
Adakah keahlian tamat sekiranya lama tidak menaja sesiapa?
Tidak
Bagaimana keahlian tamat?
Cara paling mudah untuk mengetahui samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Sim Kad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Sim Kad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Sim Kad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat.
Untuk pengetahuan, Sim Kad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi. Jika Simkad anda luput, maka keahlian anda juga lupus. Akaun anda dikira tamat.
Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini.
Apakah laman web rasmi syarikat untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen?
Laman web rasmi ahli adalah di www.toneplus.com.my. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.
Setelah menjadi ahli rasmi program, anda akan dibekalkan dengan username iaitu No IC/passport anda dan password awal 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.
Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru dibawah tajaan anda di laman web rasmi ini.
Bagaimana jika saya terlupa password masuk ke laman web syarikat untuk melihat komisyen?
Anda perlu membuat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.
Bagaimana memperbaharui keahlian yang tamat?
Anda perlu beli Sim Kad baru dan daftar semula.
Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?
Boleh. Anda dibenarkan mendaftar 10 akaun ahli dengan menggunakan Sim Kad dan nombor Tune Talk berbeza.
Bolehkah anda buat bahan bercetak atau laman web sendiri untuk mempromosi bisnes ini?
Ya. Boleh. Anda boleh hubungi Ibu Pejabat Tone Plus bagi memastikan bahan-bahan anda tidak terkeluar dari garis panduan yang telah dibenarkan.
No comments:
Post a Comment